Bahan-bahan :
- 4 biji telur putih ayam - make sure guna telur yang bukan dari dlm peti ais
- Secawan gula - kalau tak nak manis guna 3/4 cawan saja
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu teh cuka makan
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 250 ml @ 1 cawan whipping cream - Non dairy
- Buah-buahan - ikut suka . Macam-macam buah boleh guna
Cara-cara :
- Panaskan oven 140 darjah celcius . Nanti masa nak bakar turunkan suhu ke 110 darjah celcius .
- Asingkan putih telur dengan kuning telur .
- Putar putih telur pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telur tu gebu (soft peaks) . Terus aje guna max speed . Tak perlu mula dari slow .
Macam ni la rupa telur putih tu lepas dah gebu ( soft peak ) . Kalau korang telangkupkan bekas tu pun dia takkan jatuh .
Next , putar lagi dgn kelajuan laju juga , masukkan gula sikit demi sedikit sambil putar tu . Jangan berhenti putar !
- Then , masukkan tepung jagung tadi , putar lagi , Lebih kurang 3minit .
- Bila dah sebati tu , stop putar . Gaul pakai spatula pula . Mixture nilah , dipanggil meringue :)
- Lepas tu , masukkan cuka makan dengan esen vanilla . Gaul dengan spatula tadi dengan penuh lemah lembut ye . :)
- Ambil dulang pembakar , lapik dengan baking paper . Letak la meringue tadi . Ikut cita rasa masing-masing . Kalau nak buat dua lapis , bahagikan dua adunan td . Kalau nak buat mini pavlova , bahagikan kecil-kecil adunan tadi . :)
- Adunan tadi jangan terlalu tebal and jangan terlalu nipis . Kalau boleh bahagian tepi keliling pavlova tu ditinggikan sedikit ye . Baru umph ! :)
- Apa lagi , bakar la . Letak adunan tu kat tengah-tengah ye , Bakar dalam 1 jam 15 minit macam tu . Suhu : 100 - 120 darjah celcius .
Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam . Maksudnya bila kita tekan permukaan pavlova tu, kita akan rasa lembut-lembut sikit .
Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN keluarkan pavlova tu dari oven . Biar jap dia sejuk dalam oven tu dengan keadaan pintu oven sedikit renggang .
Untuk toping :
- Putar whipping cream tadi sampai kental dengan kelajuan tinggi . Mungkin memerlukan masa 10 - 15 minit juga kut . :)
- Dah tu , potong la buah-buahan yang korang nak guna tadi . Ikut kreativiti masing-masing . Tak kisah bentuk macam mana pun :)
Dah SIAP ?! Hidang la !
- Alihkan pavlova tu dengan berhati-hati ke dalam bekas yang korang nak , sebab pavlova ni lembut . Nanti kalau ganas-ganas , tak cantik dah pavlova tu .
- Kemudian , letak krim atas pavlova tu , dan hiaslah dengan buah-buahan yang korang potong tadi . SIAP ! :)
Selamat Mencuba ! :)
Kalau nak tutorial cara buat Pavlova ni yang lagi cantik , boleh tengok kat blog akak Ana Suzana tu . Lagi kemas blog dia . Just click at her name below yea :)
Credit to : Ana Suzana
1 comment:
Sedapnyaaaaa , terliurrrr !!
Post a Comment