Pages

Resepi : Pavlova

                   Assalamualaikum ! Hai guys ! So , how was your day ? Hope , semuanya berjalan dengan lancar . Pernah dengar PAVLOVA ?! Haa , kalao tak pernah pergi tanya Pak Cik Google ye . :) Entry kali ni Ekin nak share sikit resepi Pavlova ni . Ni boleh dikatakan cara yang paling simple la untuk buat Pavlova ni . :) So , let's check it out . :)




Bahan-bahan :

  • 4 biji telur putih ayam - make sure guna telur yang bukan dari dlm peti ais 
  • Secawan gula - kalau tak nak manis guna 3/4 cawan saja
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh cuka makan 
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
Untuk toping :

  • 250 ml @ 1 cawan whipping cream - Non dairy
  • Buah-buahan - ikut suka . Macam-macam buah boleh guna 
                 - contohnya : Strawberry , anggur , oren , kiwi , blueberry * ikut suka *

Cara-cara :

  • Panaskan oven 140 darjah celcius . Nanti masa nak bakar turunkan suhu ke 110 darjah celcius .
  • Asingkan putih telur dengan kuning telur .
  • Putar putih telur pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telur tu gebu (soft peaks) . Terus aje guna max speed . Tak perlu mula dari slow .


Macam ni la rupa telur putih tu lepas dah gebu ( soft peak ) . Kalau korang telangkupkan bekas tu pun dia takkan jatuh .

Next , putar lagi dgn kelajuan laju juga , masukkan gula sikit demi sedikit sambil putar tu . Jangan berhenti putar !
  • Then , masukkan tepung jagung tadi , putar lagi , Lebih kurang 3minit .
  • Bila dah sebati tu , stop putar . Gaul pakai spatula pula . Mixture nilah , dipanggil meringue :)


  • Lepas tu , masukkan cuka makan dengan esen vanilla . Gaul dengan spatula tadi dengan penuh lemah lembut ye . :)
  • Ambil dulang pembakar , lapik dengan baking paper . Letak la meringue tadi . Ikut cita rasa masing-masing . Kalau nak buat dua lapis , bahagikan dua adunan td . Kalau nak buat mini pavlova , bahagikan kecil-kecil adunan tadi . :)
  • Adunan tadi jangan terlalu tebal and jangan terlalu nipis . Kalau boleh bahagian tepi keliling pavlova tu ditinggikan sedikit ye . Baru umph ! :)
  • Apa lagi , bakar la . Letak adunan tu kat tengah-tengah ye , Bakar dalam 1 jam 15 minit macam tu . Suhu : 100 - 120 darjah celcius .
              Nak tau pavlova tu dah masak, kulitnya garing di luar dan lembut di dalam . Maksudnya bila kita tekan permukaan pavlova tu,  kita akan rasa lembut-lembut sikit .

             Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN keluarkan pavlova tu dari oven . Biar jap dia  sejuk dalam oven tu dengan keadaan pintu oven sedikit renggang .

Untuk toping :
  • Putar whipping cream tadi sampai kental dengan kelajuan tinggi . Mungkin memerlukan masa 10 - 15 minit juga kut . :)
  • Dah tu , potong la buah-buahan yang korang nak guna tadi . Ikut kreativiti masing-masing . Tak kisah bentuk macam mana pun :)
Dah SIAP ?! Hidang la !

  • Alihkan pavlova tu dengan berhati-hati ke dalam bekas yang korang nak , sebab pavlova ni lembut . Nanti kalau ganas-ganas , tak cantik dah pavlova tu .
  • Kemudian , letak krim atas pavlova tu , dan hiaslah dengan buah-buahan yang korang potong tadi . SIAP ! :)
Selamat Mencuba ! :)

Kalau nak tutorial cara buat Pavlova ni yang lagi cantik , boleh tengok kat blog akak Ana Suzana tu . Lagi kemas blog dia . Just click at her name below yea :)

Credit to : Ana Suzana




Suka ? Tertarik ? Like lerr ! :)

1 comment:

Unknown said...

Sedapnyaaaaa , terliurrrr !!

ChentacOkelatWALKERS :)

Daisypath Friendship tickers